29 October 2007

SUNGAI RAHMAT



SUNGAI RAHMAT

Di dusun hidup
penuh damai dan tenang
mengalir sungai rahmat
merentasi pepohon hijau merimbun
alirnya jernih
dingin bersih.


Sungai rahmat
menerbitkan ceria irama
mengusir sengsara rasa
mencicipimu menyegar dahaga
pada raung laung nafsu sengketa
terusir segala.

Sungai rahmat anugerah Tuhan
mengalir di dusun damai
nan terbentang dalam diri
yang bersyukur dan mengerti
pada segala uji Ilahi.

MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.
(Mingguan Malaysia - 28 Okt. 2007)

8 comments:

Unknown said...

Lagi dan lagi, kang!

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah. Hampir setiap minggu karya terpapar di akhbar. Teruskan berkarya. :)

Unknown said...

Nak lumba dgn sayalah ni :D

MYA MARJA said...

Dik Nin,
Sekadar cuba-cuba sahaja.

BP,
Terima kasih. Ikut juga rupa-rupanya puisi di situ. Sesekali hantarlah.

Ustazah,
Hidup adalah perlumbaan. Yang mahu berlumba semuanya akan menang. Yang berdiri kaku bakal beku.

Nisah Haji Haron said...

tahniah! kian prolifik akhir-akhir ini. Semoga lestari.

-Nisah Haron-
Setiausaha Satu
PEN

MYA MARJA said...

Terima kasih Puan Nisah. Sudi juga penulis bergelar seperti puan berkunjung ke blog saya yang tidak seberapa ini. Bakat saya pun masih terlalu baru mekarnya, itu pun andai boleh dikatakan mekar.

Sebenarnya sudah lama saya cemburu akan kejayaan yang puan lakarkan.

Bunga Rampai said...

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Saya membacanya semasa kembara di bawah bayu. Tahniah! Teruskan berkarya.

Mekarmu semakin harum ...

MYA MARJA said...

Salam kembara. Semerbak bunga rampai...