06 May 2007

TIPU

Dalam hidup seharian, kadang-kadang tanpa sedar kita ditipu. Malah, yang kerap terjadi adalah penipuan itu hadir dengan cara halus memperdayakan diri. Sama ada dengan rela atau sebaliknya, unsur penipuan pasti mendatangi kita selaku manusia di bumi Tuhan.

Di tepi-tepi jalan raya, kadang-kadang terdapat penjual buah-buahan yang meletakkan tanda harga yang besar pada longgokan jualan mereka. Di sisi longgokan itu terdapat satu papan tanda berbentuk poster, dan bertulis lebih kurang: 3 KILO RM10. Apabila kereta dihentikan, dan diri ini bertanya tentang harga serta buah yang dijual, maka ditunjukkan buah yang dimaksudkan di bawah keranjang yang ditelangkupkan. Kalau sebelum menghentikan kereta, tidak perasan langsung bahawa ada selonggok buah tembikai bersaiz lebih kecil daripada yang di luar keranjang berada di sebalik keranjang yang ditelangkupkan itu. Di hadapan keranjang itu tertulisnya 3 KILO RM10! Di atas dan di tepi keranjang itu pula terlonggoknya buah-buah tembikai yang besar-besar, dan kalau difikirkan dek akal nan waras, tidak masuk akal kalau ia dijual dengan harga semurah itu. Itu dinamakan taktik perniagaan. Taktik yang licik lagi menipu! Mahu tidak mahu, beli juga.

Begitu juga nasibnya dengan buah-buah yang lain yang berstatus mahal, durian misalnya. Kalau kereta sudah dihentikan di tepi jalan, pasti sebiji dua terbeli juga walaupun telah terasa diri ditipu. Untuk buah durian, tips membeli: Jangan sesekali membeli buah durian di luar musimnya, nescaya terkopak duit kalian! Kecuali untuk kegunaan perempuan mengandung yang mengidam sangat buah tersebut.

Apabila keluar dari lebuh raya, selepas melintasi pondok tol, ada juga lori kecil sarat dengan buah-buahan berhenti di tepi jalan. Tertulis di situ: 3 KILO RM10. Sekali lagi taktik yang sama seperti di atas digunakan. Kali ini peniaga tersebut menggantungkan seikat buah mata kucing betul-betul di sebelah papan harga tersebut. Rupa-rupanya apabila ditanya tentang harga buah mata kucing itu, harganya RM7 sekilogram! Yang tiga kilogram sepuluh ringgit itu apa? “Itu, buah mangga. Isi manis ma..” jawab peniaga buah itu sambil jari telunjuknya mengarah pada buah mangga yang kecil-kecil. Mahu tidak mahu, beli sahaja yang mana patut.

Itu baharu penipuan dari segi harga. Alat penimbang yang digunakan itu pun belum tentu betul dan tepat mengikut piawai. Kalau pembeli acuh tidak acuh, peniaga itu lagi suka. Lebih kurang sahaja cara menimbangnya, lebih-lebih lagi kalau pembeli itu sibuk pula mencari buah-buah yang lain untuk diborong.

Kesimpulannya, semakin lama kita membiarkan diri ditipu, semakin lama golongan penipu akan menipu. Penipuan itu berlaku dan berjaya dilakukan apabila yang ditipu sanggup untuk ditipu dan membiarkan sahaja diri ditipu.


Subhanallah…

13 comments:

Web Sutera said...

Mya Marja,

Saya mengemas baru 1 rak buku tu, masih ada lagi 3 rak buku. Tidak tahu pula berapa ribu naskhah buku dalam simpanan..adoii..

Sunan_Jati said...

tipah tertipu... ngehehheh!

Bunga Rampai said...

Salam,

Kejujuran bermula dari dalam diri kita, hati kita. Jujur dalam segala tindak-tanduk, yang jelas atau tidak.

Perlu berani dan jujur menyatakan kepada Si Penipu yang dia itu seorang penipu.

Kejujuran diri musnah apabila empunya kejujuruan itu sendiri membiarkan dirinya ditipu.

Wallahu'alam.

Anonymous said...

Salam.

Kunjungan balas dari cik kema.

Tipu org luar mungkin boleh diterima perasaan. Tapi kalau ditipu oleh orang yang dekat dihati kita... sungguh menjeruk perasaan! Moga Allah membalas perbuatan orang yang suka menipu neh :)

ez said...

Sdr Mya,

Ingatkan saya je menjadi mangsa van kecil penjual buah mata kucing di tepi jalan tu. Dialognya memang sama.

MYA MARJA said...

Web,
Esok-esok boleh buat jualan booth kereta. Untung-untung balik modal jadilah..

Sunan Jati,
Bukan sahaja Tipah yang tertipu, saudara mara dia semua kena tipu..

Bunga Rampai,
Kadang-kadang hendak berkata, "Hoi, kau penipu!"...amat payah untuk diluahkan; lalu telan sahaja dengan tertelannya buah-buahan mahal itu.

Cik Kema,
Orang terdekat menipu, menjeruk perasaan; kalau ditipu diri sendiri, macam tiada perasaan..

Ez,
Sekali ditipu, lain kali pasti berhati-hati. Sekali masuk lubang, takkan masuk lubang yang sama masa hadapan..

Subhanallah...

Anonymous said...

Ya. Saya simpankan teaser tu.
ez

Achik_Sufi said...

ada sesetengah orang berkata: undang2 sudah tidak boleh melindungi manusia jadi kita akan salaing tipu menipu untuk terus hidup.moga2 perkara ini tidak berterusan...undang2 allah akan menjadi penyelesainnnya.salam perkenalan...

BaYu SenJa said...

tipu sunat ada ka dalam islam?! (hehe, mungkin pandai terlebih kot orang melayu ni)

salam membalas kunjungan..... semoga akan lebih baik :)

blackpurple @ jowopinter said...

Ya, penipuan ada di mana-mana. Akal peniaga yang cuma memikirkan keuntungan, begitulah.

Tapi kadang-kadang bukan menipu tapi 'mengakal'. Pernah terkena, Buah yang longgok tiga biji RM10.00, tapi kalau sebiji RM3.00 (kualiti sama !)

Sastri said...

Kita mudah tertipu sbb tertarik dgn konsep 'good value for money'... konsep ini kengkadang mengaburi muslihat yg ada di sebaliknya... tapi kalau penjual tu betul2 kisah halal haram dan keberkatan rezekinya, dia mungkin tidak akan menipu pelanggannya... :D

MYA MARJA said...

BP & Sastri,
Mungkin bagi si penjual perbuatan mereka bukan menipu, tetapi sekadar taktik jualan. Atau juga helah jualan atau apa-apa sahaja, yang nyata bukan menipu. Namun, banyak juga yang memang sengaja nak kelepet duit pembeli.. BP, buah yang kamu maksud mesti durian..

MYA MARJA said...

Kak Ez,
Terima kasih kerana sudi memberi!

Achik sufi,
Undang-undang manusia, bila-bila masa boleh dilanggar. Undang-undang Allah, saat pasti menanti..

Bayu Senja,
Tipu sunat sekadar istilah. Mungkin perkataan yang tepat adalah 'helah'; sebagaimana Sang Kancil membuat helah melepaskan diri daripada musuhnya...