Mengalir air
menempuh liku
berarus tentu
berteman nyanyi
reriang hutan
dan angin pagi
bertiup tenang.
Alir airmu
menerbit bunyi
memecah sunyi
meredah batu
tersusun beribu.
Dingin kauberi
menyejuk hati
menghibur sunyi
memujuk diri.
Mya Marja
Hutan Lipur Ulu Bendul
15 APRIL 2007.
10 comments:
Kata-kata itu sejujur dan sesyahdu air yang mengalir itu.. :)
Mengalir air menempuh liku
Bersama reriang saling bernyanyi
Meriahnya memecah sunyi
Dendangan hutan berirama rimba
Hanya yang menghayatinya
Layak menikmati
Tiba-tiba daku terkenang betapa dinginnya kaki ini sewaktu mencecahkan kaki ke sungai itu sewaktu kecil dulu. Tidak kuketahui sungai yang mengalirkan air dingin itu adalah Ulu Bendul sehinggalah daku terlihat papan tanda di situ.
~Ainin Naufal~
Teringat pula kenangan manis di Ulu Bendul. Saya jarang ke sana. Paling akhir ke sana waktu di tingkatan 5. Lamanya! Teringin pula nak pergi lepas tengok gambar ni.
salam :)
emmm wongnom ke kei? penah mampir omah mu (seko omah anininaufal) mboco wae lah. tarak ku koe wong N9.. rak songkolah sekapal rupa ne :D.
mboco sajak mu terasa keanyesan ne. seanyes aliran banyu nang utan kui.
opo pun kesuwon yo mampir nang umah ku.
Paluan gendangrebana sudah bermula,
Aturkan tari mengikut rentaknya,
Langkah kaku ayuh diringankan,
Perlahan-lahan pasti rancak kembali.
Selamat berkarya.
Terima kasih sahabat-sahabatku yang mengalirkan rasa persaudaraan. Budi kalian amat bermakna!
Alhamdulillah!
Salam,
Seredup pepohon yang meneduh aliran air sungai itu. Alhamdulillah.
Tuan Mya Marja,
Walaupun saya tinggal di Selangor, saya serta keluarga memang suka ke Ulu Bendul. Airnya yang sejuk dan nyaman memang menyegarkan.
Satu tempat lagi yang kami suka ialah di Kg Janda Baik.
bunga rampai,
Pernah ke Ulu Bendul? Kalau belum, datanglah..pasti tidak mengecewakan.
Tuan Alang,
Pasti tuan pencinta kedamaian. Tempat itu akhir-akhir ini sahaja berwajah sedemikian, bagi saya memang cantiklah; sejak dapat MB yang baharu ini..
Post a Comment