Ikhlas: dengan hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura.
Mengikhlaskan: memberikan sesuatu dengan ikhlas, merelakan.
Keikhlasan: kesucian hati, ketulusan. (Kamus Dewan Edisi Ketiga - Penerbit DBP-1994)
Ikhlaskah kita dalam menjalani kehidupan harian? Dalam beramal ibadah, dalam melayani ahli keluarga, dalam bekerja (melayani ahli keluarga dan bekerja juga satu cabang amal ibadah jika dimulai dengan niat keranaNya), dalam tidur dan dalam jaga, perlu dimulai lagi dengan pertanyaan: Ikhlaskah aku?
Ikhlaskah kita apabila setelah melakukan sesuatu, pada lain ketika keluar ayat: Penat sahaja aku buat kerja, tetapi bos tidak memandang pun apa yang telah aku lakukan.
Atau keluar ayat begini: Sudah banyak duit aku keluar kerana engkau, tetapi inikah balasan engkau kepadaku?
Atau ayat ini: Ah, penatlah aku bersolat dan berdoa, tetapi kenapa doa aku tidak dimakbulkan!
Perlukah suatu ulasan terperinci untuk menjawab kata-kata seperti di atas?
Ikhlas itu apa sebenarnya? -Melakukan sesuatu hanya kerana Allah dan bukan kerana yang lain-lainnya. Fikir-fikirkanlah.
Allahuakbar!
4 comments:
Ikhlas ya? Apa sebenarnya makna ikhlas? Hmm... berbuat sesuatu tanpa memikirkan dibalasi kemudiannya. Namun dalam hal kerja jika tidak mendapat ganjaran, motivasi boleh jatuh merudum :D
Itu benar. Lihat pula bentuk ganjarannya. Jika gaji, itu sudah semestinya. Atau jua ucapan penghargaan dan terima kasih, itu sudah menjadi basa basi kita. Akan tetapi, usahlah melepasi paras yang sudah ditetapkan. Contohnya: Aku sudah buat begini begitu, mengapa tidak dapat ini dan itu? Yang penting Allah tahu apa jua yang tergerak di hati dan perbuatan, sandarkan sahaja segala kepadaNya.
Asalamualaikum,
Semoga sdr terus menulis slepas membaca komen ini!
Ayat-ayat 'mempersoal' tidak persuasif. Jangan mulakan ayat dengan "Adakah...". Terus sahaja terangkan ciri-ciri 'ikhlas'. (Dalam bengkel hari Sabtu lalu saya terangkan.)
Terima kasih atas kunjungan Puan Sifu. Mudah-mudahan menjadi madu segala kata yang terlontar dari sanubari tulus murni. Akan daku cuba... terima kasih puan.
Post a Comment